Tuesday, October 5, 2010

SELAMAT DATANG KE PUSAT SUMBER SMKTP






Visi Pusat Sumber  SMKTP


Menjadikan Pusat Sumber Sekolah SMK Tok Perdana, Pusat Sumber Cemerlang menjelang 2013.

Berkeupayaan membangunkan minda cemerlang melalui kepelbagaian sumber pengajaran dan pembelajaran


Misi Pusat Sumber Sekolah


 Membantu guru-guru dan pelajar-pelajar mencapai kecemerlangan pendidikan dengan menggunakan segala sumber  dan teknologi yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah secara berkesan.


FIZIKAL PSS






Monday, October 4, 2010

MISI DAN VISI SEKOLAH

VISI SMKTP
SMK TOK PERDANA GEMILANG MENJELANG 2010

MISI SMKTP
“Melaksanakan sistem pendidikan yang terbaik untuk melahirkan murid yang gemilang  dalam bidang akademik, ko-kurikulum,  sahsiah dan sukan berpaksikan sistem tadbir urus yang terbaik, telus dan tulus"

PIAGAM PELANGGAN SMKTP
Kami warga SMK Tok Perdana  bertekad dengan penuh rasa tanggungjawab akan:
* Memberi pendidikan, bimbingan dan kemahiran
   yang berterusan kepada murid;
* Memberi perkhidmatan yang mesra, cekap adil
   dan saksama kepada ibu bapa dan murid;  
*Sentiasa  mengamalkan budaya kerja sepasukan
  yang imaginatif,  kreatif dan inovatif dalam iklim
  sekolah yang kondusif;
* Mematuhi peraturan dan garis panduan
   perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sekolah,
   PPD, JPN dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

SELAMAT DATANG KE BLOG PSS SMKTP SITIAWAN



Sekolah ini ditubuhkan pada awal tahun 1965 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Sitiawan atau dengan nama ringkasnya SMR. Kumpulan pertama pelajarnya terdiri daripada 153 orang pelajar yang terpaksa menumpang di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Nan Hwa kerana tiada bangunan sendiri.

Pada bulan Ogos tahun 1965, sekolah ini mendapat bangunan sendiri dan mula diduduki dengan bilangan pelajar seramai 397 orang yang menggunakan dua bahasa pengantaraan iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Methodist (ACS). Pada 7 Januari 1966, Mesyuarat Lembaga Tadbir Sekolah yang pertama diadakan. Pada tahun 1967, pelajar-pelajar kumpulan pertama telah menduduki peperiksaan SRP atau LCG. Pada 20 Jun 1968, YB En. Mohd Khir Johari Menteri Pelajaran Malaysia telah merasmikan pembukaan sekolah ini.

Apabila tertubuhnya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sitiawan, sekarang dikenali dengan nama Sekolah Menengah Ahmad Boestamam, pelajar-pelajar aliran Bahasa Melayu Sekolah Menengah Rendah ini dipindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).

Pada tahun 1975, dua blok bangunan tambahan SMR telah siap dibina dan diduduki pada 1 Januari 1976. Kelas-kelas menengah atas mula dibuka dan pengambilan pelajar-pelajar tingkatan 4 mula dijalankan. Pada tahun 1981, pelajar-pelajar sekolah ini mula diduduki peperiksaan SPM buat kali pertamanya.

Tarikh yang paling bersejarah bagi sekolah ini ialah pada tahun 1983 apabila sekolah ini ditukarkan namanya daripada Sekolah Menengah Rendah kepada Sekolah Menengah Tok Perdana. Nama ini diambil sempena mengenang jasa dan bakti seorang bekas penghulu yang berkhidmat di bandar Sitiawan pada awal abad ke 20 ini.

Sekolah ini terus berkembang maju sehingga mampu mengadakan kelas Tingkatan 4 Sains mulai tahun 1988. Manakala jumlah pelajarnya meningkat sehingga kepada 1051 orang (496 pelajar lelaki dan 555 pelajar perempuan). Masa terus berlalu, pengetua dan guru-guru juga silih berganti namun sekolah ini tetap berkembang maju terutamanya dalam bidang ko-kurikulum.


BARISAN PENTADBIR 2010